ASSALAMUALAIAKUM, SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL FIRDAUS, SIBU, SARAWAK.AhLan Wa Sahlan.AhLan Bikum

KULIAH AGAMA MINGGUAN

Hari/Masa Penceramah Tajuk
ISNIN Ust.Roslan Mustika Hadith
SELASAUst. Isa Feqah:(mun-yatul-mushalli)
RABU Ust.Syawal Bayan:(iman & amal)
KHAMIS Ust. Nasir Yaseen & Tahlil
JUMAAT Ust Omar Ahmad Tuhid
SABTU Ust.Wan Faizal Ust. Hasbullah Tafsir Al-Quran Taranum

CERAMAH KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH dan MUHARRAM

>> Tuesday, November 30, 2010

Pada 25 November 2010, Surau Darul Firdaus (SDF) telah mengadakan ceramah kelebihan Bulan Zulhijjah berkait rapat dengan Bulan Muharram yang disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Johari Bujang daripada JAKIM Sibu. Akktiviti ini adalah aktiviti terakhir bagi Tahun 1431H. Semoga kita dapat menafaat sepanjang Tahun 1431H. InsyaAllah, kita menempuh Tahun Baru 1432H yang lebih bermakna dengan mendapat keredhaanAllah SWT.



Antara isi kandungannya:
Amalan-amalan Utama Dalam Bulan Zulhijjah
a.Zkir
b.Berpuasa
c.Melakukan lain-lain amalan
d.Menjauhi maksiat
e.Bertakbir
f.Berkorban

Peristiwa Penting di Bulan Zulhijjah (Bulan Haram)
a.Hajjatul Wada'- pada 8 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
b.Peristiwa pembunuhan Saidina UmarAl-Khatab - Akhir bulan ,Malam Rabu Tahun 23 Hijrah
c.Peristiwa pembunuhan Saidina Uthman bin Affan- 18 Zulhijjah

Maal Hijrah
Awal Muharram adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kelendar Hijrah.
Hijrah maknawi dikategorikan kepada 4 jenis Hijrah:
1.Hijrah Iktikadiah (Kepercayaan)
2.Hijrah Fikriah (Fikiran)
3.Hijrah Syuriyah (Perasaan)
4.Hijrah Sulukiyah (Tingkah Laku)

Peristiwa di Bulan Muharram (Bulan Haram)
1.Bulam pertama takwim Islam
2.Peperahangan Khaibar - peperangan bersejarah dalam diari bangsa Yahudi
3.Hari 'Asyura;
1.Sunat berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram
2.Penciptaan Nabi Adam a.s
3.Bahtera nabu Nuh a.s.tersadai di atas Bukit Al-Judi
4.Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada api yang membakarnya
5.Allah melepaskan Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.. daripada Firaun dan Haman
6.Allah s.w.t. membelahi laut untuk Nabi Musa a.s. dan menenggelamkan Firaun
berserta bala tenteranya
7.Allah s.w.t. mengeluarkan Nabi Yunus a.s. daripadaperut ikan Nun
8.Allahmengeluarkan Nabu Yusof a.s. daripada telaga
9.Allah s.w.t. mengembalikan penglihatan Nabi Ya'qub a.s.
10.Allah menanugerahkan kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
11.Allah s.w.t. menembut penyakit yang dihadapai oleh Nabi Ayub a.s.
12.Allah s.w.t.mengangkat Nabi Idris a.s. dan Nabi Isa a.s. ke langit.

Read more...

SETUJU TERIMA PEMBINAAN DEWAN dan GOTONG ROYONG SEMPENA AIDUL ADHA

Pada 13 November 2010, Surau Darul Firdaus telah mengadakan gotong royong sempena Aidul Adha, YB Vincent Goh hadir sama dan melihat tapak pembinaan Gelanggang Serbaguna yang telah menimbul sedikit kegusaran beliau cara pembinaan gelanggang itu dibina, hadiah daripada Kementerian Belia dan Sukan. Beliau juga bersama menyaksikan penyerahan setuju terima pembinaan Dewan Surau Darul Firdaus hadiah daripada kerajaan pusat.


Gambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Surau



Tandatangan Kontraktor


Saksi

Gotong Royong

Read more...

Aidul Adha - 1431H

Selamat Hari Raya Idil Adha 1431H, sepert bioasa Surau Darul Firdaus menyambut Idul Adha dengan sederhana seawal jam 7.00 pagi jemaah hadir ke surau dimulai dengan Takbir. Selepas solat Idul Adha para hadirin menjamu selera dan seterusnya penyembelihan korban. Alhamdulillah pada tahun ini, Surau Darul Firdaus dapat mengadakan 3 ekor lembu (sekor Sedekah).

Ketibaan Pegawai Agama Islam Bahagian Sibu (Tuan Hj. Osman)



Khatib Ustaz Fatah dari SK Sibu Jaya, Sibu








Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis korban pada tahun ini. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada Ustaz Mohd Isa selaku Ketua Penyembelihan.

Read more...

IDUL FITRI 1431H /2010

>> Sunday, September 12, 2010

Semoga puasa yang kita jalankan pada bulan Ramadhan yanh lalu mendapat keredhoan dari ALLAH SWT dan keampunan atas dosa-dosa kita seluruhnya …Amiin Yarabbal Alamiin.



Di Pagi Raya, sebelum Solat Idul Fitri


En.Morshidi

Ketibaan Jemaah

Alfadhil Ustaz Roslan n famili - SMK Teknik


Dr. Mohammad Gurmet

Bertakbir Raya- Tuan Penasihat


Alfadhil Ustaz Wan Ahmad Faizal Zakaria - Khatib dan Iman solat



Para Jemaah

Para Jemaah


Penangguk yang aktif - Tuan Penasihat


Tahlil

Cenderamata disampaikan oleh Tuan Penasihat


Menjamu selera



SELAMAT BERPUASA BULAN SYAWAL...........


Isi Khutbah Raya:

EIDILFITRI 2010

( 10/09/2010 – Surau Darul Firdaus Apollo )


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جَعَلَ هذا الْيَوْمَ عِيْدًا لِعِبادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ، وَخَتَمَ بِهِ شَهْرُ الصِّيامِ لِلْمُخْلِصِيْنَ، وَجَعَلَ فِي طَاعَتِهِ عِزَّ الدنيا والآخرةِ لِلطَّائِعِيْنَ، وفِي مَعْصِيَتِهِ ذُلَّ الدَّارَيْنِ لِلْعاصِيْنَ.

اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له ، واشهد ان محمدا عبده ورسوله.

اللهم صل وسلم على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد ، وعلى آله واصحابه والتابعين وتابعيهم باحسان الى يوم الدين .

اما بعد فياعباد الله ، اوصيكم ونفسي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون. وتزودوا فإن خير الزاد التقوى.


“Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah…

Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengawasi serta menaiktaraf kualiti ketakwaan kita kepada Allah Taala dengan mengerjakan segala titah perintahnya serta menjauhi setiap larangannya semoga kita mencapai kebahagian bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi untuk 11 bulan yang akan datang juga. Di samping itu marilah kita mensyukuri dan mengingati

segala nikmat dan rahmat Allah yang dilimpahkan kepada kita siang dan malam tanpa had dan sekatan baik di kala kita melakukan ketaatan mahupun ketika kita bergelumbang dengan dosa kemaksiatan. Serta dalam masa yang sama, Allah menjauhkan kita semua dari bala bencana ujian malapetaka yang tidak terduga sehingga memungkinkan kita berada di bawah bumbung Surau Darul Firdaus pada hari ini dalam suasana aman ceria gembira berseri wajah dan rupa tanpa perasaan duka gundah gulana.

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah…

Hari ini adalah hari perayaan. Hari yang penuh kesyukuran, hari kegembiraan, hari yang ditegah oleh Rasulullah SAW daripada berpuasa padanya. Hari keraian, Hari meraikan. Namun, apakah hakikat sebenarnya perkara yang kita raikan? Apakah asbab gembira kita? Apakah signifikasi Eidilfitri hingga diharamkan kita berpuasa pada hari ini? Persoalan ini harus direnung agar gembira kita ada sebabnya. Ketawa kita ada maknanya. Manusia yang gembira tetapi tidak tahu mengapa dirinya gembira adalah manusia ‘gila’. Manusia yang gembira tetapi tersalah sebab mengapa dirinya gembira, adalah manusia lara yang mencipta duka.

Negara kita Malaysia mengisytiharkan 31 Ogos pada setiap tahun sebagai perayaan terbesarnya. 31 Ogos menjadi tarikh keramat yang diraikan di seluruh pelusuk tanah air. Apakah yang diraikan pada tarikh itu? Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah hari kemerdekaan. Manusia berhak untuk gembira apabila dirinya merdeka. Merdeka daripada penjajahan dan penindasan. Merdeka daripada dikawal oleh kuasa asing. Merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain. Bumi ini milik kita, kitalah jua yang berhak mentadbirnya. Bukan orang lain. Kemerdekaan bererti tanah air dikembalikan kepada tuannya. Kepada asalnya. Jika kemerdekaan daripada penjajahan itu asbab keramatnya tarikh 31 Ogos, maka apakah nilai di sebalik 1 Syawwal? Apakah asbab gembiranya kita di Eidilfitri?

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah…

Ingatkah kita kembali kepada erti Ramadan? Ramadan diberikan oleh Allah Taala kepada kita sebagai suatu proses untuk mencari sebuah merdeka. Selama ini kita sentiasa dibelenggu oleh dua penjajah, penjajah yang lebih sukar untuk dihadapi kerana ia nyata berbeza daripada tentera British, Jepun, Komunis atau apa sahaja kuasa yang kelihatan.

Penjajah pertama adalah Syaitan. Ia sebagai seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia kepada mendurhakai Allah sepertimana janjinya kepada Tuhan.



“ Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan memperelokkan Segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya “ Al-Hijr:39

Manusia yang terjajah adalah manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada seruan Syaitan dalam hidupnya. Manusia yang menurut telunjuk Syaitan, sedikit demi sedikit semakin jauh dari Allah hingga hatinya menjadi buta dari kebenaran.

Ramadan telah datang untuk membantu manusia melepaskan diri daripada penjajah pertama ini. Syaitan dirantai untuk mengurangkan potensinya, urat saraf kita disempitkan dengan berlapar untuk mengurangkan jalan Syaitan menguasai kita. Pada 1 Syawwal ini, tanyalah kepada diri kita, sudahkah diri ini berjaya melepaskan diri dari menjadi hamba kepada Syaitan? Sudahkah kita berjaya mempertahankan kemuliaan diri sebagai manusia daripada dijajah oleh Syaitan, makhluk hina yang dibenci Allah itu? Perhatikanlah perbuatan seharian kita, berapakah yang menurut seruan Tuhan, berapakah yang menurut seruan Syaitan? Jika Syaitan bukan lagi pemegang remote control kehidupan kita, maka berhaklah untuk kita bergembira di 1 Syawal ini. Berbahagialah manusia yang sudah tidak lagi dijajah oleh syaitan dan kerajaannya.

Namun bagi yang kembali menyertai seruan Syaitan, ingatlah kepada firman Allah:


“ Seumpama sikap Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya Aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya Aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!" maka kesudahan keduanya, Bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. dan Yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk Yang zalim” Al-Hasyr:16-17

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah…

Penjajah kedua yang menguasai manusia adalah hawa nafsu dan dirinya sendiri. Berapa ramai manusia yang biar pun hidup di sebuah negara merdeka, dia tetap hamba yang tidak mempunyai kuasa memilih. Dia sentiasa mengikut kehendak-kehendak penjajah ini, biar pun pada kehendak yang membinasakan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:


Apakah engkau tidak melihat keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: sebagai Tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu dia disesatkan oleh Allah biar pun dalam keadaan dirinya berilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf ?” Al-Jaatsiyah:23

Itulah sebesar-besar penjajah. Manusia dijajah oleh dirinya sendiri. Oleh hawa nafsunya. Hingga dia tidak mampu membuat pilihan. Apa sahaja yang diinginkan oleh nafsunya, semua itu dituruti, tanpa berkata dua. Manusia yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhan, mereka ini buta biar pun celik. Mereka pekak biar pun bertelinga. Mereka menjadi bodoh biar pun memegang segulung ijazah ilmu. Manusia tatkala menjadi hamba kepada nafsu, ilmu sudah tidak lagi berfungsi membijakkannya. Mata yang celik gagal melihat. Telinga yang baik menjadi tuli. Hati menjadi buta dan mati, itulah penangan nafsu.

Berapa banyak rumahtangga yang musnah kerana manusia mengikut hawa nafsu? Berapa banyak manusia yang rosak, kerana hidupnya bertuhankan nafsu? Berapa banyak tamadun manusia dan kerajaan memerintah yang musnah, apabila pertimbangan tidak lagi berpaksikan tuhan tetapi berkiblatkan nafsu? Semuanya gara-gara manusia yang tidak dapat melepaskan diri daripada kehendak dirinya yang begitu luas tidak terbatas. Nafsu mahu menelan dunia, biar pun makan mampunya hanya sepinggan sahaja.

Lalu Allah datangkan Ramadan untuk mendidik kita. Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua makanan, namun memilih untuk tidak makan kerana mahu patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua minuman, kita memilih untuk tidak minum kerana patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa kita ada isteri atau suami yang halal, tetapi kita tidak mendatangi mereka di siang hari hanya kerana mahu mematuhi Allah?

Semua itu adalah pelajaran dari kursus Ramadan untuk mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri, agar kita mempunyai daya kawalan diri yang baik. Berjayakah kita dalam menguasai diri agar tidak dikuasai nafsu? Mampukah kita mengawal keinginan kepada perkara-perkara yang tidak baik, sebaliknya sentiasa terkawal dalam memilih antara baik dan buruk?

Jika kita sudah berjaya melepaskan diri daripada memperhambakan diri kepada nafsu, berhaklah kita untuk gembira di hari raya ini kerana sesungguhnya kita benar-benar telah merdeka. Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah.

Firman Allah:


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” Al-Syams:7-10

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah…

Eidilfitri dan Eidiladha adalah perayaan kita. Ia adalah perayaan yang dirasmikan oleh Rasulullah SAW sebagai perayaan kaum Muslim. Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ada dua hari perayaan yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Eidiladha dan Eidilfitri .” (Hadis sahih An-Nasa’i)

Kita diberikan perayaan Eidilfitri ini agar kita tersendiri. Muslim harus punya jati diri. Muslim bukan Yahudi dan bukan Nasrani. Kita berbeza. Justeru perayaan kita juga berbeza. Oleh itu, isikanlah kemeriahan Aidilfitri dengan cara kita. Cara Islam, cara yang diredhai oleh Allah. Bukan cara Syaitan, bukan cara nafsu, bukan cara Yahudi dan bukan cara Nasrani.

Kita dibenarkan berhibur. Malah Rasulullah SAW pernah menegur perbuatan sahabatnya Abu Bakr al-Siddiq radhiyallaahu ‘anhu mendenda dua perempuan yang menyanyi-nyanyi di hari Eid dengan kata baginda:

“Wahai Abu Bakr! Setiap kaum itu ada hari rayanya. Dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita!”Al-Bukhari

Hari ini memang hari untuk kita berhibur dan gembira. Tetapi janganlah pula dengan hiburan yang sekali lagi membuktikan bahawa kita tiada jati diri, tiada identiti dan masih gagal melepaskan diri dari hiburan versi Yahudi dan versi Nasrani, bernama HEDONISMA. Ketagihan manusia kepada dadah hiburan bernama hedonisma ini sangat menakutkan. Bukan tidak tahu akan mudaratnya, namun dek ketagihan, manusia yang bertaubat darinya dengan mudah kembali semula menjamah hiburan melampau ini. Hatta di Eidilfitri …

Hindarilah dadah hedonisma ini. Ingatlah kembali kepada pesanan Baginda:

“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” Al-Bukhari dan Muslim

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Laa Ilaaha Illallaah! Allahu Akbar wa Lillaahilhamd!



بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم , ونفعني واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم, وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم. أقول قولي هذا واستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات

فاستغفره انه هو الغفور الرحيم




KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له ، وأشهد ان محمدا عبده ورسوله . اللهم صل وسلم على عبدك ورسولك محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

أَمَّا بَعْدُ... فيا عباد الله اتقوا الله حق تقاته وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

﴿ وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” Al-Anfal 46

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah

Begitu cepat masa berlalu. Tanpa disedari, Ramadan telah pergi meninggalkan kita. Apakah masih ada peluang untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang, hanya Allah jualah yang mengetahuinya. Terkenang kita kepada peristiwa bagaimana Nabi SAW ketika menaiki tangga-tangga mimbar masjid baginda SAW, mengaminkan satu persatu apa yang disebutkan oleh Jibril Alaihi as-Salam. Di antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi SAW:

“Jibril mendatangiku seraya berkata; “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari RahmatNya)” Jibril berkata lagi, “Ucapkan “Amin”. Maka kuucapkan”Amin”

Tidakkan amaran ini cukup menggerunkan kita. Sejauh mana kita telah mengisi Ramadan ini dengan sembahan ibadah yang cukup untuk menagih keampunan Allah yang ‘tidak murah’ itu? Berhasilkah kita untuk mendapat nilai Taqwa? Hanya hati kecil di dalam diri masing-masing yang mampu menyebut kadar usaha yang telah dilakukan sepanjang bulan ini. Pujilah Allah bagi mereka yang telah berpenat lelah dan dukacitalah sedalam-dalamnya bagi mereka yang lalai dan leka. Jika Ramadan tidak mampu memperbaiki diri, maka pada hari, minggu dan bulan manakah lagi yang boleh menjadi penyelamat?

Selepas Ramadan berlalu, para Salafus-Saleh sentiasa memohon kepada Allah agar segala amal kebaikan yang dilakukan diterima oleh Allah walaupun setelah enam bulan Ramadan berlalu. Tidak sukar untuk melihat tanda-tanda amal kebaikan seseorang itu diterima. Jika selepas Ramadan, taat dan patuhnya seseorang itu kepada Allah berkekalan maka itulah sebesar-besar nikmat kurniaanNya. Inilah yang Allah perintahkan kepada kita. FirmanNya:


“Dan beribadahlah kamu kepada Tuhanmu sehingga datang kepada kamu sesuatu yang pasti (Al-Yaqeen, iaitu maut)” Al-Hijr:99

Akan tetapi, jika ibadah itu bermusim, setaraf dengan musim bolasepak, durian, rambutan atau musim demam dan peperiksaan, maka celakalah kesudahannya. Pelbagai tanda dapat dilihat dari ‘tertolak’nya amalan seseorang itu. Jika di bulan Ramadan dia boleh hadir ke masjid setiap hari untuk Solat Terawih yang sunat, selepas Ramadan dia tidak mampu untuk hadir ke masjid untuk lima Solat Fardhu yang wajib. Jika di bulan Ramadan lidahnya basah dengan Al-Quran dan zikir, maka selepas Ramadan telinganya kembali disumbat dengan alunan suara-suara dan irama lalai yang mengheret kepada kemurkaan Allah. Jika di bulan ramadan tangannya sentiasa ringan bersedekah namun selesai Ramadan beliau bertukar karekter sebagai seorang kedekut bakhil dan berkira. Semoga Allah melindungi kita dari keadaan cela seperti ini.

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah…

Setelah berakhirnya Ramadhan, pertahankanlah kejayaan perubahan diri yang telah dicapai. Masjid jangan dibiar sepi. Solat-solat yang wajib lebih utama untuk dijamaahkan berbanding mempertahan keabsahan 8 atau 20 rakaat Terawih. Janganlah dilupakan Siyam 6 hari di bulan Syawwal. Kedudukannya begitu penting sebagaimana Solat Rawatib mengiringi Solat Fardu. Ia berfungsi menampung kekurangan yang berlaku kepada puasa Ramadan kita. Begitu juga dengan puasa-puasa sunat yang lain harus dikesinambungankan. Anak-anak yatim jangan dibiarkan yatim 11 bulan. Amal ibadah dan kebajikan mesti diteruskan. Ziarah menziarahi, kunjung-mengunjungi serta bermaaf-maafanlah kita sesama keluarga dan sahabat handai, namun batas aurat, penampilan diri, kesantunan budi perlu diawasi. Sesungguhnya, usia mati kita lebih lama daripada usia hidup. Bekerjalah semasa hidup untuk membolehkan kita berehat semasa mati. Janganlah banyak berehat semasa hidup hingga menyebabkan kita dikerjakan selama-lamanya selepas mati!

Daripada Abi ‘Umar (ada yang memanggilnya Abi ‘Amrah) bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata: Aku berkata, “Wahai Utusan Allah, katakanlah buatku berkenaan Islam perkataan yang aku tidak lagi perlu bertanya kepada sesiapa selainmu.” Kata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, “KATAKANLAH AKU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN KEMUDIAN BERISTIQAMAHLAH KAMU” Muslim

Sidang Jamaah Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah…

Selamat Hari Lebaran, Minal ‘aideen wal faaizeen… bait-bait lagu raya ini sedang berputar berulang-ulang kali di radio. Malah putarannya mungkin sudah kedengaran dari era sebelum kita baligh sampaikan era sudah bercucu bercicit sekarang. Ucapan yang sama juga kerap tercoret di kad-kad raya sama ada yang bersetem, atau yang dikirim secara elektronik. Namun, pernahkah kita benar-benar memikirkan erti di sebalik pengucapan tersebut? Terfikirkah kita betapa besarnya makna di sebalik ungkapan itu? Atau sekali lagi, ia hanya ucapan tanpa makna, seperti Assalamualaikum yang gersang dari rasa sebuah doa, atau Insya Allah yang hanya kosmetik untuk cadangan memungkiri janji? Fenomena kata-kata tanpa makna ini memang sudah lama wujud, sudah lama berlaku. Kerana itulah agaknya, Hasan al-Banna sering memulakan ceramahnya dengan menyebut:

أحييكم بتحية الإسلام تحية من عند الله طيبة مباركة، يقولها الناس عادة وأقولها عبادة... السلام عليكم ورحمة الله

“Aku alu-alukan kalian dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah, penuh kebaikan dan keberkatan, manusia menyebutnya sebagai adat, sedangkan kita menyebutnya sebagai ibadat, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh”

Sebagai hamba, kita perlu sentiasa beringat bahawa Allah menciptakan kita hanya dengan satu tujuan, iaitu untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Semuanya mesti jadi ibadah. Jika umur 60 dan tidur sehari 8 jam, jumlah tidur selama 20 tahun itu mesti dijamin yang ia adalah ibadah. Seandainya semua itu tersia menjadi sisa, maka muflislah kita mengadap Allah di Padang Mahsyar. Oleh itu, adat kebiasaan yang baik mesti diangkat menjadi ibadah.

Ungkapan Minal ‘aideen wal faaizeen adalah suatu ungkapan yang besar. Kita mengucapkan tahniah atas kejayaan kita untuk memenuhi tuntutan Ramadhan, melepasi proses Tarbiyahnya dan akhirnya kita melambai senja Ramadhan yang menyinsing dengan suatu diri yang tinggi. Tinggi kerana kita telah menundukkan nafsu, kita telah menghidupkan hati dan kita telah meringankan tubuh badan untuk beribadah. Malah kita juga telah mengubah sikap kepada yang lebih baik, sesuai dengan ciri-ciri asal yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Ya, kita telah kembali kepada Fitrah, ‘kembali ke jalan Allah’. Inilah erti ‘Aideen iaitu orang yang kembali. Mereka yang berjaya menyerlahkan kembali Fitrah diri yang selama ini terkurung di perangkap nafsu dan kejahilan, adalah manusia yang berjaya. Inilah erti al-Faa’izeen yang kita sebutkan.

Maka cerminlah keadaan diri kita semua. Apakah kita telah kembali kepada fitrah diri yang sebenar selepas Ramadhan ini? Apakah apabila al-Quran menyebut ciri-ciri orang mukmin, di dalam ayat yang banyak dan pelbagai, kita menepati ciri tersebut? Dan benarkah kita telah berjaya? Seandainya ya, hari raya tahun ini adalah milik kita sebelum kita beraya di Syurga menanti. Namun seandainya tidak, ungkapan Minal ‘aideen wal faaizeen hanyalah sebagai satu ejeken. Mengejek diri sendiri yang jelek, kerana menyarungkan pakaian sutera, pada ‘tunggul manusia’ yang tiada harga…

Moga benar-benar kita ini kembali kepada fitrah cemerlang yang tulus suci, sebelum kita kembali kepada Allah Rabbul Izzati.


ان الله وملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ.

اللهم انصر الاسلام والمسلمين، واهلك الكفرة والمبتدعة والمشركين والمنافقين أعدائك أعداء الدين. اللهم انصر الدعاة والمجاهدين، اللهم انصر المظلومين والمستضعفين في كل مكان.

اللهم أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِناْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنا وَانْصُرْنا عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّنا، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا.

اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ، اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا.

اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ. اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ.

اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ .

اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم.

رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عباد الله ان الله يأمر بالعدل والاحسان، وايتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم وأسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر والله يعلم ما تصنعون .


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Laa Ilaaha Illallaah! Allahu Akbar wa Lillaahilhamd!



Read more...
Related Posts with Thumbnails

DOA

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP