ASSALAMUALAIAKUM, SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL FIRDAUS, SIBU, SARAWAK.AhLan Wa Sahlan.AhLan Bikum

KULIAH AGAMA MINGGUAN

Hari/Masa Penceramah Tajuk
ISNIN Ust.Roslan Mustika Hadith
SELASAUst. Isa Feqah:(mun-yatul-mushalli)
RABU Ust.Syawal Bayan:(iman & amal)
KHAMIS Ust. Nasir Yaseen & Tahlil
JUMAAT Ust Omar Ahmad Tuhid
SABTU Ust.Wan Faizal Ust. Hasbullah Tafsir Al-Quran Taranum

Kem Pemantapan Ibadat Solat Dan Motivasi Jati Diri

>> Monday, November 3, 2008



Kem ini telah diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2008 di Surau Darul Firdaus, Jalan Apollo, Sibu anjuran bersama Badan Agama Islam "BADAI" SMK Rosli Dhoby,Sibu yang bertemakan 'Solat Pemangkin Insan Cemerlang'.

Rasionalnya adalah 'Melahirkan remaja Islam yang kental aqidahnya dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini'.

Kem ini juga adalah susulan daripada "Kem Ibadat Solat Dan Motivasi Jadi Diri" yang dijalankan pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2008, di tempat yang sama. Daripada pemerhatian dan maklum balas daripada guru dan ustaz/ustazah program ini telah menampakkan perubahan sikap pelajar terhadap solat, khasnya solat berjemaah di Suran An Nadwah (surau sekolah). Dengan itu 'BADAI' meneruskan program pemantapan supaya ibadat solat itu dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan memantapkan jati diri para pelajar sehubungan itu juga, diharap disiplin sekolah dapat diatasi. InsyaAllah.

Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini lebih berfokus kepada penghafalan dan penghayatan makna bacaan-bacaan dalam solat sama ada yang rukun dan juga bacaan yang sunat. Bermula daripada Azan, Iqamah hingga wirid selepas sembahyang semuanya dijalankan dalam setiap LDK tertentu. Manakala sebahyang berjemaah dan sembahyang sunat rawatib adalah dimestikan dalam program ini.

Pada malam 29/10/08, ceramah "MUHASABAH DIRI" telah disampaikan oleh Cikgu Ismadi Hj. Johari daripada SMK Kg.Nangka, Sibu telah memberi satu impak yang berkesan kepada pelajar. Pada malam itu juga diadakan sebahyang Tasbih yang di imamkan oleh Ustaz Md Isa Bin Mad Daud. Para pelajar mengakui solat ini adalah solat yang pertama kali dilakukan dan ini adalah pengalaman baru bagi mereka, ini sesuai seperti dalam hadis yang panjang dari 'Ikrimah, Ibn Abbas katanya ............. 'jika sanggup melakukannya sekali dalam setiap hari, kerjakanlah. Jika tidak dapat, bolehlah setiap minggu satu kali, jika tidak sanggup juga maka cukuplah setahun sekali, dan kalau masih juga tidak sanggup maka bolehlah sekali sahaja dalam seumur hidup!' (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah danIbn Khuzaimah dalam sunan-nya dan Tabarani) . Seperti yang lepas pagi harinya diteruskan dengan Qiyamul-lail. Qiyamul-lail dipenuhi dengan sembayang dan berzikir atau bertasbih, Firman Allah dalam surah al-Muzzammil: Wahai orang yang berselimut bangunlah bertahajjud di waktu malam, melainkan sedikit sahaja (untuk rehat) iaitu separuh malam, atau kurang sedikit dari separuh,atau lebih sedikit daripadanya dan bacalah al-Quran dengan tartil. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam itu lebih tenag dan khusyuk, dan bacaannya pula lebih tepat dan berkesan. Sesungguhnya di waktu siang kamu mempunyai urusan yang banyak, dan panjang kira bicara (Dan demikian) sebutlah namaTuhanmu (dengan hati dan lidah) terus menerus (waktu siang dan malam) dan tumpukan sepenuh perhatian kepada-Nya. Surah al-Muzzammil 1-8.

Program ini akhirnya diakhiri dengan Majlis Perasmi Penutupan yang disempurnakan oleh YB En.Abu Seman Jahwie, ADUN N38 Jemoreng dan seterusnya menyampaikan sumbangan wang kepada Surau Darul Firdaus. Majlis marakam setinggi-tinggi terima kasih kepada YB.
Majlis juga ingin merakam setingi-tinggi terima kasih kepada KEMAS, JAKIM dan juga orang perseorangan yang telah menbantu bagi menjayakan program ini. Semoga Allah memberi keberkatan dan kebaikan atas semua usaha ini insyaAllah.

Jawatankuasa Kem Pemantapan Ibadat Solat
dan Motivasi Jati Diri
mengucapkan setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima kasih
kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung


Aktiviti bergambar:


Fasilitator mendengar bacaan dalam kumpulan



Tuan Imam Surau membetulkan bacaan Fatiha'




Fasilitator mendengar bacaan setiap individu


Penceramah Jemputan Cikgu Ismadi Hj.Johari - 'MUHASABAH DIRI'

Barisan AJK dan Fasilitator berehat sambil berbincang


Ucapan Wakil Pengerusi Surau Darul Firdaus

Ucapan Perasmian Penutupan- YB En.Abu Seman Jahwie


Cenderamata kpd AJK

Cenderamata kpd Ketua Fasilitator

Cenderamata kpd Fasilitator




YB En.Abu Seman menyampaikan sumbangan kepada Surau Darul Firdaus

Cenderamata kpd YB. wakil Pengetua SMK Rosli Dhoby,Sibu

YB. serta AJK menjamu selera

Peserta Lelaki bersama Kem Komander (L)

Peserta Perempuan bersama Ustazah

Pembantu Fasilitator bersama Kem Komander (P)

Pembantu Fasilitator bersama Ustazah Dayangku Intan

Read more...

AIDILFITRI 1429 H - 2008

>> Sunday, October 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Solat Aidilfitri ini adalah pertama kali diadakan di surau ini sejak surau ini dapat digunakan dengan sepenuhnya mulai penghujung tahun lepas. Solat sunat ini akan diteruskan pada setiap tahun, InsyaAlah.






Solat diimankan oleh Ustaz Nasir Bin MuselBilal - Ustaz Zulkarnain Dahalan
Khatib - Ustaz Mohd Faizal Bin Abd Hadi
Para Jemaah menjamu selera selepas Solat




Read more...

KHATAMAL AL-QURAN

>> Monday, September 22, 2008

Majlis Khatamal al-Quran telah diadakan pada 20 September 2008,bermula dari jam 5.00ptg. Bacaan dimulai oleh Remaja. Penyampaian cenderahati disampaikan selepas solat Magrib. Cenderahati juga disampaikan kepada Imam-imam Tarawih sepanjang bulan Ramadhan 1429H.





Penyampaian Cederahati Kepada Imam-imam Tarawih oleh Tuan Imam Nasir




Penyampaian Cederahati Kepada Para Remaja oleh Sdr Hamzah Hj. A.Beeran





Penyampaian Cederahati Kepada Para Dewasa oleh Tim.Pengerusi Tuan Hj.Omar





Penyampaian Cederahati oleh Pengerusi Surau

Penyampaian Cederahati Kepada AJK Sokongan oleh Bendahari En.Zulkarnain

Read more...
Related Posts with Thumbnails

DOA

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP