ASSALAMUALAIAKUM, SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL FIRDAUS, SIBU, SARAWAK.AhLan Wa Sahlan.AhLan Bikum

KULIAH AGAMA MINGGUAN

Hari/Masa Penceramah Tajuk
ISNIN Ust.Roslan Mustika Hadith
SELASAUst. Isa Feqah:(mun-yatul-mushalli)
RABU Ust.Syawal Bayan:(iman & amal)
KHAMIS Ust. Nasir Yaseen & Tahlil
JUMAAT Ust Omar Ahmad Tuhid
SABTU Ust.Wan Faizal Ust. Hasbullah Tafsir Al-Quran Taranum

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

>> Tuesday, October 27, 2009

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat
suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu
seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan
Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan
Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan
segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan
jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip
kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara
tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di
wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran
itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan
ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam
dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan
walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan
berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran
mula muncul pada tubuhnya. - Agensi


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan
ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan
bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.


Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov
pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan
beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana
fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu
bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga
bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali
dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40
darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata
ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi
tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang
menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang
Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi
menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di
wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi




email:shaini

Read more...

PRESIDEN IRAN

Ahmadinejad, Presiden Iran





Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.



Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.



Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.



Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hidup Kebenaran!

Read more...

AIDILFITRI 2009

>> Monday, October 5, 2009

Pada tahun ini Aidilfitri 2009 disambut secara sederhana. Para ahli kariah hadir seawal 7.00 pagi dan disambut oleh jawatankuasa surau. Pada tahun ini Imam dan Khatib disampaikan oleh Ustaz Omar dari JAIS Sibu. Selepas solat sunat Aiditfitri jemaah mengadakan Tahlil dan seterusnya mengadakan jamuan ringan.

Berita Bergambar:









Read more...
Related Posts with Thumbnails

DOA

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP