
KULIAH AGAMA MINGGUAN
AS'SYURA
>> Saturday, December 26, 2009
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kepada: Semua Penduduk Islam Kariah
Surau Darul Firdaus, Jalan Apollo Sibu
Tuan/Puan,
PROGRAM AS’SYURA – 10 MUHARAM
Dengan hormatnya, Surau Darul Firdaus akan mengadakan program sempena As’syura – 10 Muharam seperti berikut
Tarikh : 27 Disember 2009M / 10 Muharam 1431H
Tempat : Surau Darul Firdaus
Aturcara:
8.30pg : Gotong-royong
1. Kerbersihan dan keceriaan
- Projek menanam tanam hiasan(jika Ada)
- Membersih kawasan dan bangunan surau
(sila bawa peralatan yang diperlukan)
2. Memasak bubur as’syura
- Oleh kaum muslimah
(diketuai oleh Pn. Anna)
6.33ptg : Azan Maghrib
Solat Maghrib
Tazkirah
Oleh: Ustaz Omar B. Ahmad (JAIS, Sibu)
Solat Isyak
Peristiwa 10 Muharram
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa
penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilah dan kebenaran.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram
berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram
Antara lain
1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.
6. Allah menjadikan 'Arasy.
7. Allah menjadikan alam.
8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Read more...
>> Friday, December 18, 2009
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Sy tak laa baik sangat. Aku tak sanggup memikirkan saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.
Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).
Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook dipetik dari lawan web Sejarah2U
emel: aimijehan
MAAL HIJRAH 1431
>> Tuesday, December 15, 2009
Selamat Menyambut Awal Muharram 1431
Dengan segala hormatnya dijemput semua ahli khariah dan orang ramai hadir bagi menyambut Awal Muharram pada 17 Disember 2009 bersamaan 01 Muharram 1431H. Bertempat di Surau Darul Firdaus, Sibu
Atucara Majlis:
6.00 ptg - Ketibaan semua AJK, Ahli Khariah dan Para Jemputan.
6.15 ptg - Bacaan Doa Akhir Tahun 1430H
Azan Magrib
Solat Magrib
Bacaan Doa Awal Tahun 1431H
- Bacaan Yaseen
- Tahlil
- Tazkirah oleh: Ustaz Mual Bin Suaud, Pegawai Agama Islam Bahagian Sibu
- Azan Isya'
- Solat Isya'
- Jamuan Makan Malam.
- Bersurai