SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM
>> Thursday, February 11, 2010
Seminar Kefahaman Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 'JAKIM' cawangan Sarawak (SIBU) dikelolakan oleh Surau Darul Firdaus, Sibu dapat dijalankan dengan lancar dengan penyertaan yang menggalakan. Seminar tersebut dihadiri oleh 29 jemaah wanita dan 17 jemaah lelaki pada 22 Safar 1431H bersamaan dengan 7 Februari 2010 bertempat di Surau Darul Firdaus, Sibu.
Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah:
1. Ceramah 1 - "Dosa dan Taubat" disampaikan oleh Ustaz Johari Bujang,
(Ketua Unit) JAKIM.
2. Ceramah 2 - "Sedekah" disampaikan oleh Ustaz Tuan Hj. Osman Ibrahim,
Pegawai Agama Islam Bahagian Sibu.
3. Ceramah 3 - "Doa dan Tawakkal" disampaikan oleh Ustaz Dahlan Daut,
Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM.
Aktiviti bergambar: