ASSALAMUALAIAKUM, SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL FIRDAUS, SIBU, SARAWAK.AhLan Wa Sahlan.AhLan Bikum

KULIAH AGAMA MINGGUAN

Hari/Masa Penceramah Tajuk
ISNIN Ust.Roslan Mustika Hadith
SELASAUst. Isa Feqah:(mun-yatul-mushalli)
RABU Ust.Syawal Bayan:(iman & amal)
KHAMIS Ust. Nasir Yaseen & Tahlil
JUMAAT Ust Omar Ahmad Tuhid
SABTU Ust.Wan Faizal Ust. Hasbullah Tafsir Al-Quran Taranum

KEMATIAN

>> Thursday, April 29, 2010

Saya postkan email ini kerana ada kaitan pengajian kuliah hadith baru-baru ini, semoga kita mendapat menafaat bersama. InsyaAllah.



Assalamualaikum wr wb

Renungkanlah WAHAI SEKALIAN HAMBA-HAMBA Allah yang dirahmati ALLAH SWT.

Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin Yarobbal a'lamin..


Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.


Oleh Dr Norizam Mohd Alias

Pakar psikiatri, Hospital Tampoi Johor Bahru, Johor dan Ketua Wanita JIM Johor Bahru. Boleh dihubungi pada wanitajim@jim.org.my



Read more...

TAJAAN PAPAN KENYATAAN – PIAGAM SURAU

>> Thursday, April 22, 2010

Jawatankuasa Surau Darul Firdaus mengucap terima kasih atas tajaan yang di buat oleh Bank Rakyat Bahagian Sibu. Penyerahan dibuat pada 21April 2010, jam 10:30 pagi, bertempat di Bank Rakyat.


Penyerahan 'Board' oleh:
Pengurus Bank Rakyat En. Abdul Khalid bin Abdul Rahman


Jazakumullahu khairan khatira.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

DOA

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP