ASSALAMUALAIAKUM, SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL FIRDAUS, SIBU, SARAWAK.AhLan Wa Sahlan.AhLan Bikum

KULIAH AGAMA MINGGUAN

Hari/Masa Penceramah Tajuk
ISNIN Ust.Roslan Mustika Hadith
SELASAUst. Isa Feqah:(mun-yatul-mushalli)
RABU Ust.Syawal Bayan:(iman & amal)
KHAMIS Ust. Nasir Yaseen & Tahlil
JUMAAT Ust Omar Ahmad Tuhid
SABTU Ust.Wan Faizal Ust. Hasbullah Tafsir Al-Quran Taranum

TAFSEER Al-QURAN

>> Friday, April 17, 2009

Pada minggu lepas Ustaz Wan Faizal telah menyampaikan Tajuk:
yang bermaksud Dengan nama Allah,Yang maha Pemurah, lagi Maha Mangahsihani. Antara nama lain adalah dipanggil Basmalah. Kita mengetahui bahawa setiap surah dalam al-Quran dimulai dengan Basmalah. Di mana bacaan Basmalah dalan Al-Quran terdapat sebanyak 114 kali, iaitu sebanayak 113 kali dimulai sebelum surah dan satu lagi di surah ke-27, ayat 30. Hanya satu surah sahaja tidak dimulai dengan Basmalah ialah surah ke-9 kerana isinya merupakan ayat-ayat perang ataupun ayat-ayat ancaman yang mana dimurkai Allah. Ada pun fadhilat Basmalah itu sangat banyak yang disampaikan tidak sempat saya menulisnya. Atara lain fadhilat Basmalah boleh juga didapati dalam buku 'Merawat dari akibat sihir dengan memunajat' oleh Dr.Amran Kasimin. Setakat ini saja saya dapat ambil isi daripada belia. Sila hubungi ustaz jika ingin ilmu yang lebih.
Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Al-Azhar, dan Buku Petanda keagungan.

Dalam perubatan Melayu juga terdapat penggunaan ayat-ayat Basmalah, contohnya dalam Kitab 'Dunia Hikmat' cetakan keempat Tahun 1381-1961. Dalam bab Pesaka Sulaiman ada menyyatakan:
1. Bacakan Basmalah 19 kali takkala bertemu dengan orang-orang berpangkat besar apatah lagi jika ianya keras dan sombong orangnya;

2. Bacakan Basmalah 21 kali takkala hendak tidur- akan jauh daripada perkara-perkara syaitan,dan dari mati terkejut;

3. Bacakan Basmalah 50 kali di hadapan orang yang zalim dan suka menzalimi;

4. Bacakan Basmalah 100 kali pada satu penyakit selama 3 hari berturut-turut; dan

5. Bacakan Basmalah 786 kali pada satu-satu hajat selama 7 hari berturut-turut.

Begitu juga dalam Kitab 'Tajul Muluk'. WAL LAHU ALAM.

Contoh kulit

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

DOA

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP