ASSALAMUALAIAKUM, SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL FIRDAUS, SIBU, SARAWAK.AhLan Wa Sahlan.AhLan Bikum

KULIAH AGAMA MINGGUAN

Hari/Masa Penceramah Tajuk
ISNIN Ust.Roslan Mustika Hadith
SELASAUst. Isa Feqah:(mun-yatul-mushalli)
RABU Ust.Syawal Bayan:(iman & amal)
KHAMIS Ust. Nasir Yaseen & Tahlil
JUMAAT Ust Omar Ahmad Tuhid
SABTU Ust.Wan Faizal Ust. Hasbullah Tafsir Al-Quran Taranum

KUBUR

>> Wednesday, July 29, 2009

Kubur Islam yg Haram!!!!!!!

Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura.
( lihat saja di Bukit Kiara, Kg Tunku............)



Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik.
Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada
kubur macam ni bila dah KO nanti.

Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram?


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur
(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan
diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)



Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang
ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
wALLAHua’lam. .


Renung-renungkan....


Email:Shani












0 comments:

Related Posts with Thumbnails

DOA

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP