ASSALAMUALAIAKUM, SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL FIRDAUS, SIBU, SARAWAK.AhLan Wa Sahlan.AhLan Bikum

KULIAH AGAMA MINGGUAN

Hari/Masa Penceramah Tajuk
ISNIN Ust.Roslan Mustika Hadith
SELASAUst. Isa Feqah:(mun-yatul-mushalli)
RABU Ust.Syawal Bayan:(iman & amal)
KHAMIS Ust. Nasir Yaseen & Tahlil
JUMAAT Ust Omar Ahmad Tuhid
SABTU Ust.Wan Faizal Ust. Hasbullah Tafsir Al-Quran Taranum

KEMATIAN

>> Sunday, April 26, 2009

Hadis mengenai kematian

(Gambar Hiasan)


Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:


a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada limabahagi.

a. hartanya untuk warisnya.
b. nyawanya untuk Malaikal Maut.
c. dagingnya untuk ulat-ulat.
d. tulangnya untuk tanah.
e. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Wallahualam..."sesungguhnya mati itu pasti"

Read more...

ISLAM Ke..

>> Saturday, April 25, 2009

Apa dah jadi? Sejak akhir-akhir zaman ni, macam-macam yang berlaku. Tengoklah sendiri gambar di bawah ini yang di emailkan oleh sahabat saya tempoh hari. Sama-samalah kita menilai.









Read more...

TAFSEER Al-QURAN

>> Friday, April 17, 2009

Pada minggu lepas Ustaz Wan Faizal telah menyampaikan Tajuk:
yang bermaksud Dengan nama Allah,Yang maha Pemurah, lagi Maha Mangahsihani. Antara nama lain adalah dipanggil Basmalah. Kita mengetahui bahawa setiap surah dalam al-Quran dimulai dengan Basmalah. Di mana bacaan Basmalah dalan Al-Quran terdapat sebanyak 114 kali, iaitu sebanayak 113 kali dimulai sebelum surah dan satu lagi di surah ke-27, ayat 30. Hanya satu surah sahaja tidak dimulai dengan Basmalah ialah surah ke-9 kerana isinya merupakan ayat-ayat perang ataupun ayat-ayat ancaman yang mana dimurkai Allah. Ada pun fadhilat Basmalah itu sangat banyak yang disampaikan tidak sempat saya menulisnya. Atara lain fadhilat Basmalah boleh juga didapati dalam buku 'Merawat dari akibat sihir dengan memunajat' oleh Dr.Amran Kasimin. Setakat ini saja saya dapat ambil isi daripada belia. Sila hubungi ustaz jika ingin ilmu yang lebih.
Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Al-Azhar, dan Buku Petanda keagungan.

Dalam perubatan Melayu juga terdapat penggunaan ayat-ayat Basmalah, contohnya dalam Kitab 'Dunia Hikmat' cetakan keempat Tahun 1381-1961. Dalam bab Pesaka Sulaiman ada menyyatakan:
1. Bacakan Basmalah 19 kali takkala bertemu dengan orang-orang berpangkat besar apatah lagi jika ianya keras dan sombong orangnya;

2. Bacakan Basmalah 21 kali takkala hendak tidur- akan jauh daripada perkara-perkara syaitan,dan dari mati terkejut;

3. Bacakan Basmalah 50 kali di hadapan orang yang zalim dan suka menzalimi;

4. Bacakan Basmalah 100 kali pada satu penyakit selama 3 hari berturut-turut; dan

5. Bacakan Basmalah 786 kali pada satu-satu hajat selama 7 hari berturut-turut.

Begitu juga dalam Kitab 'Tajul Muluk'. WAL LAHU ALAM.

Contoh kulit

Read more...

SYAHID

>> Thursday, April 16, 2009

















Allahuakhbar...senyuman syuhada Gaza !!!

Posted by ibrahim ujar at 10:26 PM . 2.06.2009

Webmaster; selamat tinggal

dunia, selamat tinggal ibuku sayang, ayahku tercinta, isteriku, anak-anakku, kami tidak mati..kami hidup dalam syurga, Kami seronok dimandikan oleh malaikat diatas langit, diangkat kelangit bertemu Allah s.w.t, disambut oleh penghulu bagi para syuhada...syaidina Hamzah..singa Allah yang dikenali.. Malaikat Izrail mencabut nyawaku dan ditunjukkan kepada keindahan syurga yang menantiku..allahuakhbar!!!! Alhamdullilah...dalam keadaan begini kami akan dibangkitkan dihari kiamat kelak dan akan menjawab dihadapan Allah.... Allah bertanya.."Kenapa kamu berkeadaan begini !!" ..kami akan menjawab.."Kami berkeadaan begini kerana menegakkan agamaMu dan sunnah RasulMu" Ibu, ayah, isteriku, anak-anakku, usah ditangisi pemergian kami...jumpa diakhirat kelak..ada bonus menanti kamu kemudian sabarlah... Pesanku..ayuh sahabat seIslam satu kalimah..Ashaduallailahaillah.. waashaduannamuhammadarosullulah.... bumi Palestine... bumi para syuhada..Allah menjanjikan balasan terhadap pejuang-pejuang yang mati syahid. Allahuakhbar !! Allahuakhbar!! Allahuakbar !!!!

Ya Allah, ampunkan dosaku, matikan ku sebagai syuhada dan bersama para syuhada, hajatku untuk mati bersama mereka..ya Allah..perkenan doaku ini

JIHAD JALAN KAMI…

SYAHID MATLAMAT KAMI…

Read more...

Si Licik

Beberapa hari yang lalu saya telah mendapat satu email daripada seorang sahabat di Pulau Pinang. Bagaimana liciknya agama "lain" untuk menyesatkan umat Islam.Khasnya genarasi baru. Mereka mulai dengan anak-anak kecil. Bagi ibu bapa, sama-samalah kita pantau aktiviti anak-anak kita dari masa ke semasa .

"Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar
untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah
dengan akidah kita sebagai umat Islam. Buku ini telah diedarkan oleh pihak
tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya
secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal). Apa yang
membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk
kanak-kanak. Bersama ini disertakan bukti-bukti dalam bentuk Adode PDF dan
attachment gambar. harap email ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam
kita....."
















-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah-

Read more...
Related Posts with Thumbnails

DOA

  © Blogger template Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP