PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT 1 MALAYSIA
>> Friday, May 7, 2010
Pemimpin Bersama Rakyat 1 Malaysia di sambut meriah oleh masyarakat setempat dan sekitarnya. Tetamu Kehormat YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sangat mesra orangnya dan mempunyai ketokohan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Dalam ucapan belian telah menyentuh beberapa isu kepimpinan dan juga isu-isu Islam yang harus ada pada diri orang Islam itu sendiri.
Sewatu menjamu selera beliau telah memberitahu YAB Perdana Menteri telah meluluskan RM 100,000.00 untuk bangunan pelbagaiguna di Surau dan juga menaik taraf jalan-jalan di Teku, Bahagia Jaya Sibu.
Manakala Temenggong, Datuk Hj Wan Hamid juga telah berjanji akan memberi wang bantuan bulanan kepada Surau Darul Firdaus dan telah memastikan peruntukan ke surau-surau yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri itu akan dimasukkan nama Surau Darul Firdaus juga yang mana pada awalnya nama Surau Darul Firdaus tercicir daripada tersenarai.
Pihak Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Firdaus mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang hadir pada malam itu. Khasnya:
1. YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri , Di Jabatan Perdana Menteri
2. YB En. Vincent Goh (turut hadir)
3. Temenggong, Datuk Hj. Wan Hamid
4. Pn. Siti Sara, Pegawai Jasa N48 Pelawan.
dan orang perseorangan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Antara Aktiviti Bergambar:











0 comments:
Post a Comment